Sunday, 28 August 2011

angan2 je?

besa btul cita2 aku kan. nk kawin ngan anak raja. cermin dulu muka tu paan.

"carik la bf lain. kuat tidur budak tu..makan pun memilih"

mak ngah tk suka aku. saya kuat tidur? saya tidur 4jam sehari. kadang2 lansung tk tidur. makan memilih? saya dari kecil tk di biasakan dgn makanan yang sedap2. jadi saya tak kenal makanan. asal ada nasi telur kicap. itu dah cukup buat saya. saya paham.... tk pa lah..

"dtg rumah mak ngah dia tdur saje.. ke dia bosan.. orang tidur ni dia bosan"
saya tk bosan. saya malu. awak akan faham klu awak sendiri kt tempat saya ,awak akan rasa macam apa yang saya rasa.

ok.

kadang2 kita kena terima kenyataan juga yang kita ni tak boleh jadi yang terbaik. cuba lagi ya paan.

Wednesday, 24 August 2011

aku tk buat dia happy?

tepuk dada tanya selera. hurm.

tertanya.

aku ni penting diri sendiri? atau aku terlalu sgt obses nk perbaiki diri? sigh.

Friday, 19 August 2011

:3 haaaa. kacau die.... :333



ok buat muka anoying kacau syg :3

sama cantik dengan peribadi nya, :')





Through the darkness
I can see your light
And you will always shine
And I can feel your heart in mine
Your face I've memorized
I idolize just you.

patut la.

ok...

Thursday, 18 August 2011

Tuesday, 16 August 2011

maafkan saya.

abg tahu abg salah.. tapi..mmg tk sngaja abg tidur. abg tk sehat sgt sbenarnya. + abg posa so tk mkn ubat. sigh. maafkan abg yaa.

Saturday, 13 August 2011

omg :3 thanks you qesya

" Lari sembunyi nak?"

" Lepas tu balik nanti kena sebat? "

Lynn terus mendengus. Potong steam betul. Baru saja nak bagi cadangan yang nakal. Nakal okay. Bukan tahap jahat. Sebab jahat tu dah peringkat membunuh.

" Aku ngantuklah." Lynn memandang Zarra dengan muka minta belas kasihan.

" Ko cuci la muka tu. Pakai dynamo or softlan! Muka ada banyak setan bergayut. Memanglah asyik ngantuk." Zarra membebel.

" Kadang2 aku rasa macam kawan dengan mak nenek."

" Nasihat tak nak dengar!"

" Aku bukan tak nak cuci muka. Aku takut..." Lynn tersengih-sengih.

" Takut amendenya? "

" Takutlah...nanti masa aku cuci muka tu kalau aku terminum air macam mana? Nanti kau yang dapat dosa! " Lynn mengangguk-angguk kononnya merasionalkan teorinya.

" Kau minum air, aku dapat dosa? " Zarra terasa mahu pengsan. Sengal sungguh kawan yang sorang ni.

" Hehehee..." Lynn menyambung sengihnya, menayangkan gigi yang putih bersih umpama menggunakan darlie.

Bunyi deheman menyebabkan mereka memandang ke depan semula. Kak Zeti yang garang itu sudah mengeluarkan buku latihan yang kedua. Haihhh. Tuisyen di bulan puasa memang banyak dugaan.

******

" Oit, yang kau jalan laju-laju tu kenapa? " tanya Lynn.

" Kata penat! So, aku jalanlah laju. Biar cepat sampai rumah. Boleh kau rehat."

Lynn menggeleng.

" Kenapa? Tak nak balik dah? " Hairan Zarra melihat Lynn yang berjalan seperti kura-kura tak cukup kaki.

" Kau cuba tengok jam. "

" Kenapa? "

" Baru pukul 5.30. Balik awal nanti kena tolong masak." Lynn sudah kembali tersengih.

" Astaghfirullah...kenapalah kau malas sangat Lynn? " Zarra menepuk dahi. Lynn dengan dapur macam planet bumi dengan matahari jauhnya. Malas sungguh mahu menolong.

" Aku bukan malas tapi aku kesian dekat mak aku. Kalau aku tolong, lepas tu apa yang aku buat tak betul...nanti dia sakit hati. Kau tau tak betapa berdosanya menyakitkan hati seorang ibu? " Lynn memberikan alasan.

Mahu saja Zarra menjawab, sakit lagi hati dan telinga aku yang mendengar. Alasan hampeh macam tu pun ada.

" Habis tu kau nak jalan dengan kelajuan lima langkah sejam? " tanya Zarra. Ikutkan hati, dia sudah berlari balik ke rumah. Biar Lynn balik sendiri tetapi dia tidak sampai hati. Sengal-sengal Lynn pun, itukan kawan baiknya. Haihhh.... Zarra mengeluh.

" Kita lalu padang bola eh? " Lynn bertanya dengan mata yang berkaca. Penuh harapan. Penuh teruja.

" Nak buat apa? " Zarra sudah menjerit. Gila. Jauh tu. Sah! Lynn ada misi tersendiri.

" Menolong kawan dapat banyak pahala tau! "

" Huh! Menambah dosa aku adalah."

******

Mata Lynn melilau namun orang yang dicari tidak kelihatan. Dia menjadi hampa.

" Kenapa? " Zarra menegur. Tadi beriya mahu lalu di situ. Sekarang menunduk pulak macam nak jadi rumput melepek kat atas tanah saja.

" Dia tak ada! "

" Ahah! Patutlah ajak aku lalu sini! Ko nak tengok siapa? Akim rongak eh? "

"Tak..""

" Paan senget?"

"Bukanlah."

"Fadzil galah?"

"Tidakkkk."

Zarra menyinggung Lynn yang seperti histeria. Buat malu saja. Nanti satu kampung mengata ada dua budak perempuan gila di petang puasa ni,

" Apasal ko menjerit? "

" Kau ni...yang kau nak kenankan aku semua bermasalah."

" Mana ada. " Zarra menidakkan.

" Mana taknya. Kalau tak rongak, senget. Kalau tak senget, galah!" Lynn sudah masam mukanya.

Zarra pula sudah menekan perut, menahan tawa. Kelakar. Betul juga. Kasihan. Semua budak lelaki yang disebutkannya ada masalah mahu lulus di SIRIM.

" Lynn! "

Panggilan itu menyebabkan mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki berbaju biru menaiki basikal berwarna biru, berjeans biru, memakai topi biru..mendekati mereka. Zarra melihat wajah Lynn yang seakan ditimpa cahaya pelangi. Bersinar-sinar.

" Pido...."

" Ni untuk awak." Pido menyerahkan satu beg berwarna biru juga kepada Lynn.

" Apa ni? " lembut sungguh suara Lynn bertanya. Zarra melihat dalam diam. Tidak pernah dia melihat Lynn pada nada suara begitu. Ajaib sungguh.

" Blueberry Cheesecake untuk awak." Pido mengunjukkan. Memberikan senyuman kepada Zarra juga.

" Buat susah aje. Terima kasih."

" Saya balik dulu. Baik-baik jalan balik." Pido memberikan salam dan berlalu.

Zarra melihat Lynn dengan pandangan yang tidak berkelip.

" Kenapa kau tengok aku macam tu? " Lynn bertanya.

Amboi suara serta merta kembali tidak merdu. Zarra ketawa.

" DIa ke yang kau tunggu? "

Lynn sudah senyum meleret.

" Oit.. Kenapa kau jalan laju sangat? " tanya Zarra

" Nanti cheese kek ni cair. Nanti berry dah tak warna biru..."

Zarra memandang Lynn dengan rasa tak percaya.

" Lynn...kau buat aku rasa nak muntah."

" Eh, jangan. Kau kan puasa! " Lynn tersenyum bahagia.


(ada sambungan rasanya :3)

Wednesday, 10 August 2011

hkl


ok. skrg kene belajar beratur.hadap org sesak.hospital ni murah. arrr...

selamat kembali.

rasanya kne checkup blik.. bila aku start buat kerja .sakit aku mkin kerap dtg. smpi pengsan2 lak .. aduhh.. yg sayang aku lak igt aku selam. sigh.

Sunday, 7 August 2011

:33 tamak

rasa mcm tk ckup je.. kt dlm bilik tuh,, ha.. kali ni aku akan tawan dinding kt ruang tamu lak :333 ehehehe. maw syg abg :3

saya nk jadi superman untuk si dia :3.



Saturday, 6 August 2011

buka puasa.

wa. arini best :3 dpt bukak posa nan family pipi+mak ngah eliz+burger. pastu pipi teman ku anta eliz kt rumah damansara. then kami blik sambung tgk citer antu momok :3. pastu pipi hidang mknan tok sahur :3 best maw sygg

Tuesday, 2 August 2011

penat tapi sangat happy.

lama tk update blog. pasal 3 hari turut2 bz :3. apa wat? haha. 1st day. jumpa pipi. then pergi rumah mak ngah pipi. repair pc abah pipi. pastu melarat membawak ke esok nye. 2nd day repair pc mak ngah pipi lak.. n today sambung fix pc mak ngah. esok mybe pergi lagi rumah mak ngah :3. tk pe la. atleast dpt rapat nan mak ngah pipi :3 . hehe. berbuka nan die td. sian mak ngaj pipi. sorang2 je.. nasib ada ku.. teman buka tdi. hehehe. dlm 3 hari ni.. ku rasa mcm knal lama sgt dah nan keluarga pipi ni. kami ckup selesa berborak sume :) hehehe. best best. esok sambung citer. gtau.. leh fix ke tk pc mak ngah tuh,. ngeheheh. :3 buhbye.